17 TIPS MEMPERKUAT INGATAN
Adakah
anda sering lupa? Kemungkinan kemampuan otak anda untuk mengingat sudah mulai
menurun. Sebenarnya, lupa adalah proses permulaan mengingat sesuatu. Perlu anda
ketahui, kemampuan daya ingat manusia umumnya terbahagi kepada tiga peringkat
iaitu mengingat, merekam, dan mendapatkan kembali. Tapi, adakah daya ingatan
boleh ditingkatkan ? Bagaimana caranya?
1.
Sentiasa mengingati Allah
Yang paling penting ialah ingat Allah s.w.t. sentiasa dengan
berzikir. Daya ingatan akan bertambah kukuh sekiranya tidak sesaat pun kita
lupa kepadaNYA.
2.
Mengamalkan puasa
Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh
menajamkan minda.
3.
Berdoa
Berdoalah kepada Allah s.w.t. agar anda diberikan kekuatan
daya ingatan, hati yang tenang, dan minda yang cerdas.
4.
Membaca dan menghafal Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran
walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa,
menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.
5.
Relaksasi secara teratur
Salah satu cara yang paling efektif untuk meningkatkan
ingatan adalah berusaha mengendorkan ketegangan seluruh otot tubuh sebelum
mempelajari sesuatu yang baru. Mengikut kajian, relaksasi otot dapat
mengurangkan kecemasan yang sering dirasakan seseorang ketika berusaha
mempelajari hal baru.
6.
Tidur nyenyak
Tidur malam yang nyenyak, sangat baik untuk ingatan anda.
Penelitian menunjukkan, orang yang terbangun ketika sedang bermimpi tidak mampu
mengolah memori dari hari sebelumnya. Jadi, ia mudah lupa.
7.
Istirahat cukup
Istirahat yang cukup amat penting supaya otak berfungsi
secara maksimum, otak memerlukankan istirahat untuk mengendapkan dan
mengkonsolidasikan ingatan. Istirahat yang diperlukankan otak bervariasi,
bergantung pada kerumitan dan kebaruan informasi, serta pengalaman orang yang
bersangkutan. Cara yang baik adalah memberi waktu istirahat otak 3 hingga 10
minit setelah otak beraktiviti selama 10 hingga 50 minit.
8.
Kembangkan sikap mental positif
Gantilah setiap sikap mental negatif atau kritik terhadap
diri sendiri menjadi sikap yang positif, kerana hal itu akan menimbulkan rasa
keyakinan diri yang berpengaruh positif terhadap daya ingat.
9.
Fokus
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus
dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan
menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda
fikirkan. Fokuskanlah segenap perhatian terhadap hal-hal yang penting di dalam
memori anda bila anda sedang beristirahat dan rileks. Kalau anda mencuba
mengingat sesuatu pada saat anda sedang lelah, maka besar kemungkinan anda akan
kecewa.
10.
Libatkan emosi
Peningkatan ingatan tentang suatu kejadian terkait erat
dengan peningkatan emosi. Pengalaman yang melibatkan emosi akan lebih mudah
diingat daripada pengalaman biasa.
11.
Kembangkan ketajaman indera
Cubalah praktikkan ketrampilan pengamatan dan belajar
memperhatikan sesuatu dengan menggunakan seluruh indera kita terutamanya
penglihatan dan pendengaran. Jika ingin mengingat sesuatu, berhentilah sejenak,
perhatikan dan catat apa yang ingin kita lihat dan dengar.
12.
Berbicara sendiri
Kita juga boleh berbicara sendiri tentang sesuatu yang kita
rencanakan. Misalnya, “Saya harus membeli susu dalam perjalanan pulang nanti.”
Juga tentang sesuatu yang telah kita lakukan. Misalnya, “Saya telah mengunci
pintu.” Mungkin kedengarannya agak pelik, tapi terbukti sangat efektif. Di sini
telinga kita menguatkan ingatan kita. Tapi ingat, mengucapkannya tidak perlu
secara kuat supaya tidak menimbulkan pertanyaan di benak orang.
13.
Menata fikiran
Membentuk urutan informasi (mengelompokkan informasi) akan
membuat sesuatu lebih mudah diingat. Ini juga akan mempermudah otak untuk
mengingat kembali apa yang telah dipelajari dan diketahui.
14.
Bayangkan dan kaitkan
Jika anda sulit mengingat nama, cubalah membayangkan.
Kaitkan nama orang dengan suatu idea, simbol, orang, benda atau perbuatan,
kemudian buat gambaran mental benda itu. Untuk mengingat nama Neil, misalnya,
bayangkan orang yang sedang mengail. Pembentukan irama juga dapat memperkuat
hubungan. Jika Larry memilki janggut, cubalah mengingatnya sebagai “Hairy
Larry.”
15.
Peta minda
Peta minda merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan
unuk mendapatkan maklumat daripda ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang
boleh dilihat. Ada juga yang mengatakan bahawa penggunaan peta minda akan
menambahkan perseimbangan otak kiri dan otak kanan kerana prta minda merangkumi
semua aspek bahasa, analitis, reka bentuk, matematik, deria, dan sebagainya
dalam usaha keseluruhan.
16.
Katakan berulang kali
Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau
tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat
akan maklumat tersebut. Bila kita membaca sesuatu, yang dapat kita ingat hanya
sekitar 20%. Dengan mengulangi pembacaan keesokan harinya, lalu minggu
berikutnya, sebagian besar informasi yang kita baca akan kita ingat.
17.
Mendengar muzik klasik
Menurut Dr. Frances Ranscher dan Dr. Gordon Show, peneliti
dari Universiti California, AS, orang yang sering mendengarkan muzik klasik
akan mengalami peningkatan kemampuan penalaran. Menurut penulis The Mozart
Effect, Don Campbell, mendengarkan muzik klasik juga akan membantu ingatan dan
pembelajaran.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar